Saturday 13 September 2014

REFLEKSI MINGGU 1 (11.9.2014)

Assalamualaikum...
Salam Sejahtera..

OK..minggu ini adalah minggu pertama kami memasuki ke kelas baru bersama DR CHIN iaitu Internet dan Pengajaran..

Kelas ini sangat menarik..Pada mulanya Dr Chin menerangkan tentang tajuk-tajuk yang bakal kami pelajari..Dr Chin memberitahu tugasan-tugasan yang perlu dilakukan..Setelah itu Dr Chin memulakan pengajaran kepada kami semua...

Dr Chin telah mengajar kami perkara baru yang saya sendiri tidak pernah menggunakannya. Pada pagi itu, saya dan rakan-rakan telah diajar tentang
www.blendspace.com.

Laman web ini sebenarnya memberi banyak penggunaan kepada kita semua terutama dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Guru atau pelajar boleh menggunakan laman web ini untuk proses di dalam kelas mahupun di rumah.

Mengikut apa yang saya pelajari, Blendspace adalah dimana guru atau pelajar berkongsi maklumat apa-apa dalam bentuk persembahan melalui dalam talian. Bukan itu, para pengunjung boleh melihat slaid persembahan.

Banyak kebaikan menggunakan Blendspace ini.. Antaranya ialah ianya dapat menarik minat pelajar dalam proses p&p. Malah penggunaan ini memudahkan para guru untuk menyediakan bahan untuk mengajar sebelum masuk ke kelas. Blendspace ini turut memudahkan cara menggunakan untuk memasukkan pelbagai maklumat dari segi video, audio, fakta menarik dan banyak lagi. Pelbagai sumber yang boleh kita peroleh dari Youtube, Wikipedia, Google dan sebagainya. Melalui pada itu, kita dapat juga menyediakan kuiz mengikut pelbagai topik kerana blendspace akan mengira semua tanda itu dan memberitahu mana mereka salah.

Oleh itu saya mendapati penggunaanya sangat menarik terutama dalam memudahkan kerja-kerja tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Hanya perlu menarik pada maklumat yang kita cari  dan memasukkan ke dalam ruang slaid yang telah disediakan oleh blendspace ini.

 Mudah kan??
Apa lagi ...LETS TRY blendspace.com !!!

Sampai sini saja refleksi yang pertama..
bye..
THANKS DR CHIN..
THANK YOU ALLAH..








No comments:

Post a Comment