Tuesday 23 September 2014

REFLEKSI MINGGU 2 ( 18.9.2014)

Assalamualaikum ...
Salam sejahtera.....

Minggu kedua ini, saya dan rakan-rakan telah mempelajari banyak perkara tentang penggunaan video,audio dan sebagainya. Pada kali ini, Dr Chin telah mengajar serba banyak tentang penggunaan software seperti Audacity, Photo Story dan PhotoScape. Dr Chin mengajar kami dengan baik dalam mengendalikan atau cara penggunaan yang betul ketiga-tiga software ini. Sebenarya pengajaran kali ini, Dr Chin ingin menunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan diberi dengan menggunakan sama ada Audacity, Photo Story dan Photo Scape.

Selama dalam proses pengajaran yang diberi, mulanya kami diminta install pada setiap komputer atau laptop masing-masing untuk memudahkan lagi dalam pembelajaran kali ini. Pertama, saya mempelajari AUDACITY. Audacity merupakan satu perisian sumber terbuka percuma yang membolehkan kita merakam dan menyunting audio malah mencampur audio lain dalam satu audio untuk bahan pengajaran kita. Audacity sebenarnya dapat memudahkan dalam menyediakan bahan pengajaran kerana kita dapat merakam suara sendiri dalam satu perkara yang ingin kita ajar. Selain itu, mengedit fail audio serta dapat menukarkan format kepada mp3, WAV dan sebagainya.

Seterusnya, kami mempelajari penggunaan PHOTOSCAPE. Software ini ssememangnya memberi banyak kemudahan kepada kita dalam mengedit gambar yang kita mahukan.Photoscape ini adalah salah satu perisian percuma yang mana menggunakan gambar untuk di edit. Mungkin ramai yang tidak tahu penggunaann photoshop tapi PHOTOSCAPE sebenarnya mampu memudahkan kerja kita juga terutama dalam proses pengajaran dalam kelas. Terdapat pelbagai cara yang telah disediakan Photoscape ini. Malah menambah animated pada gambar turut dapat dilakukan dalam masa yang singkat.

Akhir sekali kami mempelajari PHOTO STORY. Software ini adalah salah satu cara yang mempercepatkan dan memudahkan kita dalam penghasilan video terutama dalam Montaj Video. Bukan itu sahaja, kita juga dapat menyediakan bahan pengajaran kepada kanak-kanak dalam bentuk video. Jadi penggunaan Photo Story dapat mempercepatkan video yang ingin dilakukan.

Oleh itu, setelah apa yang dipelajari pada minggu ini , saya dan rakan-rakan sangat gembira kerana dapat mengetahui perkara baru dalam menyiapkan tugasan yang diberikan. Sememangnya ketiga-ketiga software ini memberi banyak faedah dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Hal ini kerana ianya dapat menarik minat kanak-kanak untuk mempelajari satu perkara dengan wujudnya bahan multimedia ini,  Malah, objektif pengajaran turut dapat dicapai dalam kelas pada masa yang sama. Akhir sekali kanak-kanak akan cepat memahami pembelajaran yang mereka pelajari dengan menggunakan aplikasi ini..

JAdi...
Jom cuba...

Sampai sini sahaja untuk minggu kedua..
bye

Thanks u DR CHIN..
Love Allah SWT...



No comments:

Post a Comment