Monday 10 November 2014

REFLEKSI MINGGU 8 (6.11.2014)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Minggu ini Dr Chin mengajar kami tentang model-model asas teknologi pengajaran.
Model asas teknologi pengajaran ini merupakan perkara yang penting dalam proses pengajaran terutama dalam penggunaan teknologi pengajaran.

Terdapat pelbagai model yang boleh dipelajari. Antaranya ialah model Addie, model Assure, model Taba, model Sim, model Robert Glazer, model Inkuiri dan model Latihan Terus.
Oleh itu model mempunyai kelebihan dan fungsi masing-masing.

Disini saya cuba ungkapkan beberapa model tersebut mengenai setiap model tersebut.

1. Model Addie : model yang mempunyai 5 peringkat iaitu Analisis, Rekabentuk, Pembangunan, Pelaksanaan dan penilaian. Model ini lebih berkait model mereka bentuk pembelajaran yang sifatnya lebih generik. Model Addie adalah asas dalam reka bentuk pengajaran dalam berskala yang besar.

2. Model Assure : Model ini lebih bertujuan untuk menyediakan panduan untuk merancang dan mengendalikan pengajaran terutama penggunaan media. Mempunyai 6 langkah yang perlu diikuti. Model ini adalah berskala kecil dan hanya tertumpu dalam bilik darjah.

3. Model Taba : Lebih menekankan penyusunan bahan-bahan pengajaran dalam suatu sistem yang sesuai yang dapat  meningkatkan kemahiran pelajar. Banyak tertumpu kepada kognitif pelajar. Perlu dilakukan dalam 4 peringkat.

4. Model Sim : Model yang mana pengajaran berlaku adalah melalui interaksi dalam kelas. Lebih dibina untuk bidang komunikasi yang mana berinteraksi  di antara guru dan murid. Disini model ini dapat mengeratkan hubungan pelajar bersama guru-guru mereka

5. Model Robert Glazer : Model yang membahagikan proses pengajaran kepada 4 komponen iaitu objektif pengajaran, pengetahuan sedia ada pelajar, kaedah mengajar dan penilaian. Lebih menekankan respon pelajar atau maklum balas pelajar.

6. Model Inkuiri : Merangkumi proses soal selidik untuk mendapatkan kesimpulan daripada soalan yang dikemukakan. Model ini sesuai dilaksanakan pada peringkat pengajian lebih tinggi.

7. Model Latihan Terus : Model yang bertujuan membantu pelajar mempelajari ilmu pengetahuan atau kemahiran asas. Lebih menekankan aspek pemerhatian pelajar terhadap apa yang ditunjukkan oleh guru sebelum pelajar melakukannya semula.

Jadi mengikut kesimpulan saya, kesemua model ini semestinya dapat membantu kita dalam proses p&p kita. Peranan guru sangat penting dalam mengerakkan pelajar mengikuti segala proses pembelajaran. Oleh itu perancangan yang penting sebelum masuk ke kelas sangat dititikberatkan demi melancarkan proses p&p dalam kelas.....

Sekian utk minggu 8..terima kasih..
Thank you Dr Chin
Love Allah SWT..


Sunday 2 November 2014

REFLEKSI MINGGU 7 (30.10.2014)

Assalamualaikum
Salam Sejahtera..

Minggu ketujuh ini , kami masih mempelajari dalam mengenali model-model pengajaran. Mengikut minggu ini, Dr Chin menyuruh kami memilih salah satu model yang kami sukai.

Oleh itu, disini saya memilih model sosial dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Model sosial adalah model dimana murid-murid boleh berinteraksi bersama rakan-rakan dalam proses pembelajaran yang berlaku. Model membantu memperkembangkan perspektif individu dan kumpulan dalam memperjelas idea.

Model sosial sesungguhnya mementingkan pembelajaran kooperatif di antara satu sama lain. Pembelajara ini dapat memberi murid belajar secara berpasukan, saling bergantung, tidak bersaing sesama mereka malah mereka berusaha mencapai matlamat secara berpasukan.

Jadi, model sosial adalah model yang terbaik yang perlu digunakan dalam kelas. Peranan guru sangat penting dalam mewujudkan proses pengajaran berlaku dengan berkesan. Guru juga harus menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik supaya kanak-kanak dapat melibatkan diri secara aktif dalam setiap pembelajaran yang berlaku.

Dengan itu saya memilih model sosial adalah model yang mudah dilakukan dalam proses p&p. Model ini memberi banyak kebaikan kepada pelajar demi penglibatan pembelajaran mereka.
Sekian..



Thats it week7
Thanks Dr Chin
Love Allah SWT

Saturday 1 November 2014

REFLEKSI MINGGU 6 ( 16.10.2014)

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Sekarang dah masuk minggu yang ke-6.
Alhamdullillah.....

Pada minggu keenam ini, kami mempelajari perkara baru iaitu "model of teaching" atau lebih dikenali model pengajaran. Dr Chin telah memperkenalkan kami pelbagai model yang boleh digunakan dalam proses pengajaran&pembelajaran. Setelah mempelajari ini, saya mendapati model pengajaran ini memberi banyak manfaat kepada kita dalam proses pengajaran
Disini saya dapat ringkaskan maklumat yang telah saya dapat pada minggu ini,

Model pengajaran adalah kerangka yang merangkumi keadaan kandungan, strategi serta iklim sosial bilik darjah yang dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran untuk murid kita. Malah model  pengajaran merupakan strategi preskriptif yang direka bentuk untuk mencapai matlamat pengajaran. 
Jadi terdapat banyak model yang boleh kita guna seperti model sosial, model pemprosesan maklumat, model behavioral serta model personal. Keempat-empat model ini mempunyai kelebihan masing-masing dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

1) Model sosial- model ini bertujuan membantu pelajar menajamkan pemikiran melalui interaksi dan kerjasamama antara individu lain secara produktif. Ini adalah model yang mementingkan interaksi sosial dalam kalangan pelajar.

2) Model Pemprosesan Maklumat-model yang menyamakana ingatan manusia dengan komputer iaitu model input-output. Maklumat yang diperoleh merupakan input daripada persekitaran pembelajaran.

3) Model behavioral- model ini berkait dengan tingkahlaku yang diperhati dan tugasan yang jelas untuk diberi kepada murid.

4) Model personal- Model ini lebih menekankan kepada pembentukkan kendiri seseorang individu dan mendorong pelajar itu berdikari serta mempunyai kesedaran diri dan bertanggungjawab dalam matlamat sendiri

Oleh itu, masih terdapat banyak lagi model yang boleh didapati, Kesemua model ini sesungguhnya dapat meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Peranan guru sangar penting dalam penggunaan setiap model tersebut, Pada masa yang sama penglibatan murid juga perlu dititikberatkan dalam setiap pengajaran.

Akhir sekali ini sahaja yang dapat saya rumuskan. Yang pasti "dimana ada kemahuan disitu ada jalan"



Thats it for week6
Thank u DR CHIN
Love ALLAH SWT
bye...