Monday 10 November 2014

REFLEKSI MINGGU 8 (6.11.2014)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Minggu ini Dr Chin mengajar kami tentang model-model asas teknologi pengajaran.
Model asas teknologi pengajaran ini merupakan perkara yang penting dalam proses pengajaran terutama dalam penggunaan teknologi pengajaran.

Terdapat pelbagai model yang boleh dipelajari. Antaranya ialah model Addie, model Assure, model Taba, model Sim, model Robert Glazer, model Inkuiri dan model Latihan Terus.
Oleh itu model mempunyai kelebihan dan fungsi masing-masing.

Disini saya cuba ungkapkan beberapa model tersebut mengenai setiap model tersebut.

1. Model Addie : model yang mempunyai 5 peringkat iaitu Analisis, Rekabentuk, Pembangunan, Pelaksanaan dan penilaian. Model ini lebih berkait model mereka bentuk pembelajaran yang sifatnya lebih generik. Model Addie adalah asas dalam reka bentuk pengajaran dalam berskala yang besar.

2. Model Assure : Model ini lebih bertujuan untuk menyediakan panduan untuk merancang dan mengendalikan pengajaran terutama penggunaan media. Mempunyai 6 langkah yang perlu diikuti. Model ini adalah berskala kecil dan hanya tertumpu dalam bilik darjah.

3. Model Taba : Lebih menekankan penyusunan bahan-bahan pengajaran dalam suatu sistem yang sesuai yang dapat  meningkatkan kemahiran pelajar. Banyak tertumpu kepada kognitif pelajar. Perlu dilakukan dalam 4 peringkat.

4. Model Sim : Model yang mana pengajaran berlaku adalah melalui interaksi dalam kelas. Lebih dibina untuk bidang komunikasi yang mana berinteraksi  di antara guru dan murid. Disini model ini dapat mengeratkan hubungan pelajar bersama guru-guru mereka

5. Model Robert Glazer : Model yang membahagikan proses pengajaran kepada 4 komponen iaitu objektif pengajaran, pengetahuan sedia ada pelajar, kaedah mengajar dan penilaian. Lebih menekankan respon pelajar atau maklum balas pelajar.

6. Model Inkuiri : Merangkumi proses soal selidik untuk mendapatkan kesimpulan daripada soalan yang dikemukakan. Model ini sesuai dilaksanakan pada peringkat pengajian lebih tinggi.

7. Model Latihan Terus : Model yang bertujuan membantu pelajar mempelajari ilmu pengetahuan atau kemahiran asas. Lebih menekankan aspek pemerhatian pelajar terhadap apa yang ditunjukkan oleh guru sebelum pelajar melakukannya semula.

Jadi mengikut kesimpulan saya, kesemua model ini semestinya dapat membantu kita dalam proses p&p kita. Peranan guru sangat penting dalam mengerakkan pelajar mengikuti segala proses pembelajaran. Oleh itu perancangan yang penting sebelum masuk ke kelas sangat dititikberatkan demi melancarkan proses p&p dalam kelas.....

Sekian utk minggu 8..terima kasih..
Thank you Dr Chin
Love Allah SWT..


No comments:

Post a Comment