Sunday 14 December 2014

REFLEKSI MINGGU KE13 (9. 12. 2014)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Minggu ke13 ini , Dr Chin telah mempelajari kami perkara yang berguna yang boleh digunakan dan dilakukan dalam kelas iaitu perbincangan atau diskusi. Diskusi atau maksud lain perbincangan merupakan bentuk tukar fikiran. Diskusi ini muncul dari perkataan diskus berasal dari bahasa latin iaitu discutic atau discusium yang bererti "tukar fikiran".

Diskusi ini berlaku apabila ada perbincangan atau permasalahan yang perlu diselesaikan bersama. Diskusi ini mempunyai pelbagai jenis. Contohnya kelompok, panel, konferens, seminar dan banyak lagi. Setiap jenis diskusi ini mempunyai maksud dan pengertian yang berbeza.

Bukan itu sahaja, setiap diskusi atau perbincangan memerlukan strategi yang baik dalam melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam kelas tersebut. Antaranya adalah 

 i. menetapkan matlamat dalam penglibatan pelajar melalui perbincangan. Contoh tajuk pembelajaran pada hari itu dengan memberi beberapa soalan.
ii. memulakan dengan perbincangan perkenalan dan mengenali antara satu sama lain
iii. memastikan 'eye contact' digunakan dengan sebaik mungkin
iv. memberi ruang diskusi yang baik dan elok
v. menanyakan soalan-soalan yang baik yang bersesuaian dalam perbincangan dan banyak lagi

Terdapat banyak lagi strategi yang boleh didapati dalam proses perbincangan atau diskusi tersebut. Penghasilan perbincangan yang baik dapat memberi banyak kebaikan kepada pelajar itu sendiri dalam proses pembelajaran mereka. Di sini para pelajar dapat berkongsi idea dan pendapat masing-masing dalam pembelajaran. Mereka juga akan bekerjasama dalam menyelesaikan tugasan atau soalan yang diberi. Malah, perhubungan mereka dapat dieratkan di antara pelajar dan guru mereka apabila berada dalam bilik darjah. Diskusi atau perbincangan yang baik dapat memberi peluang pelar fokus dengan tajuk pembelajaran pada hari itu serta mereka dapat meningkatkan kefahaman dalam suatu pembelajaran tersebut.

Oleh itu, proses diskusi perlu dilakukan dalam setiap kelas kerana ianya adalah salah satu proses pembelajaran dan pengajaran kepada para guru dan pelajar. Pelbagai faedah dan kebaikan  yang diperoleh melalui perbincangan dan diskusi ini.

Sekian untuk minggu 13..
Terima kasih
Thank u DR CHIN
Love ALLAH SWT
bye...



Saturday 13 December 2014

REFLEKSI MINGGU KE-12 (4.12.2014)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Agak lama tidak meng"update" blog ni. hehe
Ok..Lets proceed.Pada minggu ini, saya  dan rakan-rakan telah mempelajari suatu pembelajaran yang menarik berkaitan tentang strategi dan kaedah dalam pengajaran. Pelbagai kaedah dan strategi pengajaran yang sesuai dalam merencanakan suatu proses pengajaran dan pembelajaran apabila berada dalam bilik darjah.

Sebagai guru, kita harus menyediakan pelbagai cara dan strategi untuk menarik minat para pelajar dalam mengikuti proses pembelajaran tersebut.Pengurusan dan perlaksanaan yang baik dalam bilik darjah dapat melancarkan pengajaran dan pembelajaran pada masa itu.
Sebagai panduan berkaitan pendekatan, kaedah dan strategi pengajaran. Anda boleh klik pada link seperti berikut :
http://www.slideshare.net/pikaosman/kumpulan-4-strategi-pendekatan-kaedah-teknik-pengajaran

Baiklah , jika kita boleh berfikir sejenak tentang bagaimana cara kita ingin menjadikan proses pembelajaran boleh menjadi lebih efektif dan efisien dalam kelas tersebut.
Di sini, saya akan ungkapkan serba sedikit berkaitan " pembelajaran yang efektif."

Menurut saya pembelajaran yang efektif perlu digerakkan oleh setiap pelajar dan guru. Di sini guru merupakan peranan penting dalam menggerakkan suatu proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lancar. Malah , guru juga perlu memastikan persediaan yang rapi dalam menyediakan pengajaran kepada para pelajar, Penglibatan pelajar sangat dititikberatkan demi memastikan pelajar dapat memahami dan menguasai pembelajaran yang telah diberi.

Selain itu, sebagai guru juga hendaklah mengenal latar belakang dan pengetahuan yang sedia ada pada pelajar mereka masing-masing terutama sekali minat mereka dalam sesuatu perkara sebelum memulakan kelas. Jika kita mengetahui latar belakang mereka, ini memudahkan guru bertindak dalam menyediakan pengajaran kepada mereka. Pengetahuan sedia ada terhadap pelajar adalah penting untuk memastikan guru dapat menghasilkan suatu pengajaran yang baik. Malah, ianya mampu memudahkan para pelajar memperoleh suatu proses pembelajaran dengan cepat.

Untuk mengetahui lebih lanjut terdapat pelbagai  laman web berkait dengan pembelajaran yang efektif ini boleh didapati dari segi pendekatan, kaedah, strategi dan banyak lagi demi menghasilan proses pembelajaran lebih efektif. Pelbagai strategi yang boleh digunakan dalam menghasilkan proses p&p menarik dan sebagainya. Apa yang penting guru dan pelajar harusa saling bekerjasama di antara satu sama lain.

Sampai disini sahaja.. That's it for week12,,
Thanks Dr CHIN.
LOve Allah SWT



Monday 10 November 2014

REFLEKSI MINGGU 8 (6.11.2014)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Minggu ini Dr Chin mengajar kami tentang model-model asas teknologi pengajaran.
Model asas teknologi pengajaran ini merupakan perkara yang penting dalam proses pengajaran terutama dalam penggunaan teknologi pengajaran.

Terdapat pelbagai model yang boleh dipelajari. Antaranya ialah model Addie, model Assure, model Taba, model Sim, model Robert Glazer, model Inkuiri dan model Latihan Terus.
Oleh itu model mempunyai kelebihan dan fungsi masing-masing.

Disini saya cuba ungkapkan beberapa model tersebut mengenai setiap model tersebut.

1. Model Addie : model yang mempunyai 5 peringkat iaitu Analisis, Rekabentuk, Pembangunan, Pelaksanaan dan penilaian. Model ini lebih berkait model mereka bentuk pembelajaran yang sifatnya lebih generik. Model Addie adalah asas dalam reka bentuk pengajaran dalam berskala yang besar.

2. Model Assure : Model ini lebih bertujuan untuk menyediakan panduan untuk merancang dan mengendalikan pengajaran terutama penggunaan media. Mempunyai 6 langkah yang perlu diikuti. Model ini adalah berskala kecil dan hanya tertumpu dalam bilik darjah.

3. Model Taba : Lebih menekankan penyusunan bahan-bahan pengajaran dalam suatu sistem yang sesuai yang dapat  meningkatkan kemahiran pelajar. Banyak tertumpu kepada kognitif pelajar. Perlu dilakukan dalam 4 peringkat.

4. Model Sim : Model yang mana pengajaran berlaku adalah melalui interaksi dalam kelas. Lebih dibina untuk bidang komunikasi yang mana berinteraksi  di antara guru dan murid. Disini model ini dapat mengeratkan hubungan pelajar bersama guru-guru mereka

5. Model Robert Glazer : Model yang membahagikan proses pengajaran kepada 4 komponen iaitu objektif pengajaran, pengetahuan sedia ada pelajar, kaedah mengajar dan penilaian. Lebih menekankan respon pelajar atau maklum balas pelajar.

6. Model Inkuiri : Merangkumi proses soal selidik untuk mendapatkan kesimpulan daripada soalan yang dikemukakan. Model ini sesuai dilaksanakan pada peringkat pengajian lebih tinggi.

7. Model Latihan Terus : Model yang bertujuan membantu pelajar mempelajari ilmu pengetahuan atau kemahiran asas. Lebih menekankan aspek pemerhatian pelajar terhadap apa yang ditunjukkan oleh guru sebelum pelajar melakukannya semula.

Jadi mengikut kesimpulan saya, kesemua model ini semestinya dapat membantu kita dalam proses p&p kita. Peranan guru sangat penting dalam mengerakkan pelajar mengikuti segala proses pembelajaran. Oleh itu perancangan yang penting sebelum masuk ke kelas sangat dititikberatkan demi melancarkan proses p&p dalam kelas.....

Sekian utk minggu 8..terima kasih..
Thank you Dr Chin
Love Allah SWT..


Sunday 2 November 2014

REFLEKSI MINGGU 7 (30.10.2014)

Assalamualaikum
Salam Sejahtera..

Minggu ketujuh ini , kami masih mempelajari dalam mengenali model-model pengajaran. Mengikut minggu ini, Dr Chin menyuruh kami memilih salah satu model yang kami sukai.

Oleh itu, disini saya memilih model sosial dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Model sosial adalah model dimana murid-murid boleh berinteraksi bersama rakan-rakan dalam proses pembelajaran yang berlaku. Model membantu memperkembangkan perspektif individu dan kumpulan dalam memperjelas idea.

Model sosial sesungguhnya mementingkan pembelajaran kooperatif di antara satu sama lain. Pembelajara ini dapat memberi murid belajar secara berpasukan, saling bergantung, tidak bersaing sesama mereka malah mereka berusaha mencapai matlamat secara berpasukan.

Jadi, model sosial adalah model yang terbaik yang perlu digunakan dalam kelas. Peranan guru sangat penting dalam mewujudkan proses pengajaran berlaku dengan berkesan. Guru juga harus menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik supaya kanak-kanak dapat melibatkan diri secara aktif dalam setiap pembelajaran yang berlaku.

Dengan itu saya memilih model sosial adalah model yang mudah dilakukan dalam proses p&p. Model ini memberi banyak kebaikan kepada pelajar demi penglibatan pembelajaran mereka.
Sekian..



Thats it week7
Thanks Dr Chin
Love Allah SWT

Saturday 1 November 2014

REFLEKSI MINGGU 6 ( 16.10.2014)

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Sekarang dah masuk minggu yang ke-6.
Alhamdullillah.....

Pada minggu keenam ini, kami mempelajari perkara baru iaitu "model of teaching" atau lebih dikenali model pengajaran. Dr Chin telah memperkenalkan kami pelbagai model yang boleh digunakan dalam proses pengajaran&pembelajaran. Setelah mempelajari ini, saya mendapati model pengajaran ini memberi banyak manfaat kepada kita dalam proses pengajaran
Disini saya dapat ringkaskan maklumat yang telah saya dapat pada minggu ini,

Model pengajaran adalah kerangka yang merangkumi keadaan kandungan, strategi serta iklim sosial bilik darjah yang dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran untuk murid kita. Malah model  pengajaran merupakan strategi preskriptif yang direka bentuk untuk mencapai matlamat pengajaran. 
Jadi terdapat banyak model yang boleh kita guna seperti model sosial, model pemprosesan maklumat, model behavioral serta model personal. Keempat-empat model ini mempunyai kelebihan masing-masing dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

1) Model sosial- model ini bertujuan membantu pelajar menajamkan pemikiran melalui interaksi dan kerjasamama antara individu lain secara produktif. Ini adalah model yang mementingkan interaksi sosial dalam kalangan pelajar.

2) Model Pemprosesan Maklumat-model yang menyamakana ingatan manusia dengan komputer iaitu model input-output. Maklumat yang diperoleh merupakan input daripada persekitaran pembelajaran.

3) Model behavioral- model ini berkait dengan tingkahlaku yang diperhati dan tugasan yang jelas untuk diberi kepada murid.

4) Model personal- Model ini lebih menekankan kepada pembentukkan kendiri seseorang individu dan mendorong pelajar itu berdikari serta mempunyai kesedaran diri dan bertanggungjawab dalam matlamat sendiri

Oleh itu, masih terdapat banyak lagi model yang boleh didapati, Kesemua model ini sesungguhnya dapat meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Peranan guru sangar penting dalam penggunaan setiap model tersebut, Pada masa yang sama penglibatan murid juga perlu dititikberatkan dalam setiap pengajaran.

Akhir sekali ini sahaja yang dapat saya rumuskan. Yang pasti "dimana ada kemahuan disitu ada jalan"



Thats it for week6
Thank u DR CHIN
Love ALLAH SWT
bye...

Friday 10 October 2014

REFLEKSI MINGGU 5 ( 9 OKTOBER 2014)

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Sedar tak sedar kita dah masuk minggu yang kelima ini. OK!!
Pada minggu kelima, Dr Chin telah mengajar kami pembelajaran yang sangat menarik penggunaan software terbaru iaitu http://edu.glogster.com/?ref=com

Disini saya akan cuba beri pengenalan tentang Glogster (Edu). Software ini merupakan aplikasi yang berkait dalam bidang pendidikan. Aplikasi dapat menyampaikan ilmu pengetahuan dalam bentuk yang kreatif ketika sesi pengajaran dan pembelajaran sedang berlaku. Sebagai pengetahuan, ia merupakan satu sistem yang pengurusan pembelajaran yang sistematik dimana komunikasi dua hala boleh berlaku pada masa yang sama.

Bukan itu sahaja, penggunaanya sangat menarik dimana segala audio,video,imej dan banyak lagi boleh dimasukkan dalam penggunaan Glogster ini. Penggunaan software ini sebenarnya tidak begitu rumit bahkan ianya mudah difahami dan senang untuk mencuba.

Terdapat banyak faedah software ini. Antaranya penggunaan yang mudah kerana akan dibimbing oleh perisiannya. Kedua, Glogster mempunyai link dengan laman web yang lain contoh Facebook, twitter, wikispace dan banyak lagi. Seterusnya, grafik yang menarik dan tidak membosankan. Akhir sekali, dapat menggunakan dalam bentuk 'presentation' yang kreatif.

Jelas disini Glogster (Edu) merupakan software yang patut dipuji. Jika kita membandingkan laman web lain contoh "wordpress" atau "blogspot" sangat banyak perbezaannnya. Hal ini kerana "wordpress" dan "blogspot" sangat rumit untuk kita mula mencuba kerana tiada bimbingan oleh perisian. Malah, sekiranya ingin memasukkan video, audio atau imej dalam "wordpress" dan "blogspot" sangat mengambil masa yang panjang berbeza dengan Glogster. Pada masa yang sama, idea untuk mencantikkan  "wordpress" atau "blogspot" sangat 'limit' manakala Glogster sangat mudah kita dalam mewujudkan idea kreatif terhadap software ini. Oleh itu, sangat jelas Glogster(Edu) adalah software yang menarik.
Untuk mendapatkan penerangan yang lebih menarik mengenai laman web Glogster (Edu) boleh tekan link ini http://ppec1136um.pbworks.com/w/page/58886301/Nurul%20Fadillah%20Bt%20Hidayatullah

Di bawah ini saya cuba tunjukkan beberapa contoh-contoh penggunaan Glogster yang menarik





LETS TRY GLOGSTER!!


Thats it for week 5,bye...
Thanks Dr Chin
Love Allah.

Monday 29 September 2014

REFLEKSI MINGGU 3 (25/9/2014)

Assalamualaikum....
Salam sejahtera.....

Pada minggu ketiga ini, Dr Chin telah mengajar kami mengenai pelbagai pencarian search engine yang boleh diguna dalam mencari pelbagai maklumat.

Sebelum melangkah ke lebih jauh, disini saya akan cuba huraikan maksud "search engine" ini.
"Search engine" atau "enjin carian" ialah satu program yang dibina untuk mengumpul data dari dokuman, pengkalan data (database), jaringan (network), atau dari data itu sendiri dalam komputer sendiri. Sememangnya search engine seperti Google sangat hebat kerana dapat memberikan hasil carian kepada orang yang dikumpul dari berbillion website dengan masa yang sangat singkat.

Pembelajaran pada minggu ini memberi banyak manfaat kepada kami. Antaranya sumber maklumat yang dicari dapat dilihat dari segi perbezaan maklumatnya. Kita juga dapat menjimatkan masa dalam proses pencarian maklumat.

Semasa proses pembelajaran Dr Chin menunjukkan kami satu laman web yang dapat membantu kami dalam mengenali lebih banyak search engine..Linknya
http://www.sc.edu/beaufort/library/pages/bones/bones.shtml

Laman web ini memberi banyak kebaikan pelbagai search engine boleh diguna.
Antara contoh-contoh yang search engine yang menarik seperti

http://www.aol.com/
http://www.lycos.com/
http://clustry.com/
http://www.ask.com/
http://www.gigablast.com/
http://www.wisenut.com/
http://brightgate.com/

Sebenarnya, terdapat banyak lagi search engine yang ada jika kita terokai sendiri.
Oleh itu, sila-silalah mencuba untuk menerokai pelbagai search engine ini.
Pelbagai kelebihan yang kita bakal dapati.

Jika ada yang ingin mengetahui lebih baik disini saya selitkan link dibawah sebagai rujukan mengenai pembelajaran tentang search engine
http://www.slideshare.net/hudeey/apa-itu-search-engine-8979646

Sampai disini sahaja yang dapat saya tulis untuk minggu ini.
Bye.

Thanks u Dr Chin
Love Allah SWT..